Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, operasi Bas Muafakat Johor (BMJ) akan memendekkan trip perjalanan dan akan berkuatkuasa pada 24 Mac 2020 sehingga tamat Tempoh Kawalan Pergerakan.

Para pengguna juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dan pematuhan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Terima kasih.